MOTIVES x AMBER

Pencetus Trend, sosiolit, usahawan dan tokoh ikutan, Amber Ridinger, menampilkan debut dalam kolaborasi pertama beliau bersama Motives®:: The Essential Collection. Kolaborasi istimewa ini sememangnya penting untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau tona kulit. Beliau percaya bahawa solekan perlulah mudah dan dapat menyerlahkan kecantikan natural anda. Essential Collection baharu ini menjadikannya satu realiti.

I Am Essential v.1 dan v.2

ialah koleksi dengan tiga palet yang mengandungi segala yang diperlukan anda untuk gaya muka yang lengkap. Direka oleh pakar dalam dua julat warna untuk dipadankan dengan setiap tona kulit, palet kemestian baharu ini mengandungi rona yang saling melengkapi antara satu sama lain dalam kemungkinan kombinasi yang tiada penghujung. Mengandungi bedak selembut sutera dan krim yang serba mewah, koleksi I Am Essential mudah digunakan dan selesa untuk penggunaan pada bila-bila masa.

Dapatkan Sekarang

Amber Ridinger-McLaughlin,
Pencipta Lumière de Vie®:, Lumière de Vie Hommes, DNA Miracles®: dan Layered.

Pencetus trend, ibu, usahawan dan tokoh ikutan, Amber Ridinger-McLaughlin, menampilkan debut dalam kolaborasi pertama beliau bersama Motives: The Essential Collection. Amber mempunyai keghairahan dalam kecantikan dan penjagaan kulit, maka, kerjasama dengan Motives untuk kolaborasi istimewa ini sememangnya satu kemestian. Amber ingin mencipta satu koleksi yang penting untuk setiap orang, pada setiap peringkat umur, dengan mana-mana tona kulit, untuk setiap hari, setiap saat. Beliau percaya bahawa solekan perlulah mudah dan dapat menyerlahkan kecantikan natural anda, dan dengan Essential Collection serba baharu ini, ia memudahkan anda.

Amber berbangga kerana dapat melahirkan kolaborasi baharu ini bersama ibu beliau, Loren Ridinger, yang telah melihat beliau berkembang sebagai wanita yang diperkasa dan usahawan berjaya dalam gayanya yang tersendiri. Amber ialah pencetus utama dalam pelancaran Lumière de Vie dan Lumière de Vie Hommes, penjagaan kulit terunggul untuk para wanita dan lelaki; DNA Miracles, produk penjagaan diri dan kesejahteraan yang berkualiti tinggi untuk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung; dan Layered, satu koleksi rangkaian barang kemas yang mewah dan mampu milik, kombinasi terbaik untuk wanita moden.