Acara Kegemaran kami

Berikut adalah beberapa acara Motives™ kegemaran tuan rumah dan pelanggan kami!

Parti Dalam Talian

Jika anda juga suka jimat wang (seperti saya), saya mempunyai satu tawaran hebat untuk anda! Menganjur sebuah Parti Motives Dalam Talian dan anda boleh gunakan kredit tuan rumah wanita anda terhadap apa-apa produk yang anda mahukan dari Motives! Penganjuran parti dalam talian kami adalah percuma, ia adalah sangat seronok dan mudah! Perkara terbaik adalah anda boleh menganjurkan acara ini melalui komputer anda! Parti-parti kami dianjurkan dalam talian dengan menggunakan Facebook dan laman web kami, ia adalah sangat memudahkan kerana anda boleh menjemput rakan karib anda di New York dan kakak/adik anda di Washington — lebih ramai orang yang anda menjemput ke parti dalam talian anda, lebih banyak produk percuma anda boleh peroleh. Anda boleh berparti dalam pakaian tidur anda; tidak perlu masak atau bersihkan tempat. Relaks dan minumlah teh panas anda, cuma perlu jemput rakan-rakan Facebook anda dan dapatkan solekan percuma, serta beli-belah pada 10% diskaun.

Asas Kecantikan

Menguasai asas-asas kecantikan melalui satu acara interaktif yang mempamerkan 10 produk terlaris Motives. Penasihat Kecantikan anda akan menjelaskan aplikasi bagi setiap produk, memberikan anda dan rakan anda satu peluang untuk berlatih kemahiran solekan anda dan membina satu koleksi kosmetik yang membantu anda mencipta tampilan semula jadi sehingga tampilan menawan dengan segera. Tempahlah satu acara Asas Kecantikan pada hari ini, dan bawa pulang semua item solekan yang mesti dimiliki ini.

Segalanya Tentang Kulit

Membelai kulit anda dengan acara yang khas direka khas untuk memberikan satu pengalaman interaktif dan seumpama spa di rumah untuk anda dan rakan-rakan anda. Penasihat Kecantikan anda akan membimbing anda tentang regimen penjagaan kulit langkah demi langkah dengan menggunakan produk-produk yang memenangi anugerah dari rangkaian Lumière de Vie™ dan Skintelligence™, menunjukkan anda keberkesanan dan kepentingannya. Anda berpeluang mencuba setiap produk dan mencipta satu regimen penjagaan kulit tersuai yang unik untuk memenuhi permintaan kulit anda. Tempahlah satu acara Semuanya Tentang Kulit pada hari ini - kulit licin sedang menanti-nantikan anda!

Masa untuk Anda Menyerlah

Satu pengalaman V.I.P yang eksklusif di mana anda dan rakan-rakan anda belajari bagaimana menciptakan gaya menawan dengan produk-produk yang mendapat sambutan hangat seperti Motives Fiber Lush Mascara, Element Palette dan 10 Years Younger Makeup Setting Spray. Acara peribadi ini dapat menyesuaikan pengalaman anda dengan seorang Penasihat Kecantikan yang berdedikasi, beliau akan menjelaskan setiap produk kepada anda, langkah demi langkah, membantu anda dalam mencipta gaya V.I.P anda. Tempah acara Tibalah Masa Untuk Anda Menyerlah pada hari ini untuk merasai pengalaman yang tiada tandingan ini.