Loren Ridinger

Pengarah Kreatif dan Pengasas

Sedikit inspirasi membawa kepada kejayaan yang besar. Sebagai contohnya, Loren Ridinger, beliau menciptakan satu empayar.

Sejak zaman kanak-kanak, Loren diinpirasi oleh ramai wanita yang paling ikonik dan cantik, termasuk ibunya, yang beliau memang hormati dan sanjungi.

“Ibu saya memang seorang yang penuh tarikan dan suka solekan,” kata Loren. “Saya memang terpukau melihat dia memakai solekan dan rasa menakjub bagaimana solekan dapat memberikan dia keyakinan yang terserlah dari dalaman dirinya.”

Motives wujud atas visi-visi ini dan semangat beliau.

Loren menubuhkan Motives untuk menawarkan kosmetik yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik kepada wanita di seluruh dunia. Motives telah menjadi satu jenama yang memenangi anugerah, produk kegemaran media sosial dan mesti dimilki.

Dengan spektrum warna rangkaian produk yang ekstensif, Motives menawarkan solekan yang dapat menonjolkan kecantikan unik wanita. Membantu wanita rasa hebat dari dalaman diri dan memotivasikan mereka untuk merealisasikan potensinya, keghairahan Loren terhadap kecantikan menerap dalam setiap produk yang tercetak namanya.

Loren percaya bahawa jika seseorang wanita cintai kosmetiknya, maka dia akan berkongsikan mereka dengan orang lain, kepercayaan ini seterusnya mendorong beliau untuk mencipta satu peluang untuk wanita dan lelaki untuk menjual kosmetik Motives.

Sepanjang kerjaya beliau sebagai pengasas Motives; SEVP di Market America dan SHOP.COM; dan pengasas bagi Loren Jowels, Loren Rocks dan rangkaian produk berasaskan penyelesaian, FIXX, Loren telah menerima banyak anugerah. Akan tetapi, bekerja dengan orang lain dan memberi kuasa kepada mereka untuk menambahbaikan kehidupan mereka serta mencapai matlamat dan impian mereka adalah perkara yang beliau rasa paling bangga.

Semangat Loren untuk membantu orang lain telah ditunjukkan melalui penglibatan beliau dengan banyak kerja kebajikan, termasuk Rally for Kids with Cancer, yang beliau berpengerusi bersama dengan Eva Longoria; Persatuan Jantung Amerika, yang beliau telah menerima anugerah 2010 Big Heart Humanitarian Award; Earlier.org; Make-a-Wish Foundation; Rush Philanthropic Arts Foundation; dan banyak lagi.