Jadi yang pertama untuk menulis ulasan!

Merupakan pembayang mata jenis cecair yang menawarkan warna cerah yang memikat hati dengan setiap sapuan. Rumusan tahan lama ini dapat dipadankan dengan pembayang mata jenis padat bagi menghasilkan ...

RM114.00
2.28 Mata
Warna: Mystic
sku: MY22LES
Butiran

Produk ini layak untuk penghantaran percuma atau kadar sama rata. Ketahui Lebih

PENGESYORAN UTAMA


Butiran


Butiran

Merupakan pembayang mata jenis cecair yang menawarkan warna cerah yang memikat hati dengan setiap sapuan. Rumusan tahan lama ini dapat dipadankan dengan pembayang mata jenis padat bagi menghasilkan campuran tekstur dan kemasan sempurna yang kalis lipatan dan tahan lama. Inovasi pembayang mata yang bertekstur ringan, berkrim ini mampu kering dalam beberapa saat, meninggalkan lapisan warna terang dengan rona yang sesuai untuk pentas peragaan.

Kebenaran untuk Menghiburkan


Faedah


  • Kemasan metalik dan warna pelangi mencipta kilauan pada setiap sudut
  • Tekstur yang lembut bak sutera untuk aplikasi yang lancar dan mudah
  • Kering dengan cepat dan tahan lama sepanjang hari
  • Diselang lapiskan dengan pembayang mata padat untuk menghasilkan dimensi tambahan
Faedah

Soalan Lazim


Soalan Lazim

Bagaimanakah cara menggunakan Motives Liquid Metal Eye Shadow?
Sapukan terus pada kelopak mata dengan menggunakan aplikator berspan yang disediakan. Anda boleh sama ada sapu pada kelopak mata dengan menggunakan aplikator tersebut, atau adun dengan jari anda atau membuat sapuan menggunakan berus yang padat. Pakai secara bersendirian untuk warna yang kaya dan terang atau lapiskan dengan pembayang mata jenis padat untuk mencipta dimensi tambahan.

Apakah pilihan rona yang tersedia bagi Motives Liquid Metal Eye Shadow?
Motives Liquid Metal Eye Shadow tersedia dalam lima warna unik untuk menghasilkan rona pembayang mata yang menawan; Surge, biru terang; Sassy, ungu unggul; Mystic rona hijau misteri, Nirvana adalah rona mauve (merah senduduk) yang menakjubkan, dan Renegade adalah rona kelabu yang cantik. Kelima-lima rona ini memantulkan cahaya dan mampu mencipta satu kemasan metalik yang anggun untuk pelbagai gaya solekan menawan.

Berapa lamakah warna pembayang mata Motives Liquid Metal Eye Shadow dapat bertahan?
Motives Liquid Metal Eye Shadow dicipta untuk kering dengan cepat serta tahan lama. Kelima-lima rona ini mempunyai pengekalan warna yang baik dan kalis lipatan untuk pemakaian sepanjang hari tanpa perlu memperkemaskannya (touchup) berkali-kali.

Bagaimanakah cara menggunakan rumusan cecair ini bersama dengan pembayang mata jenis padat?
Pertama sekali, sapukan Motives Liquid Metal Eye Shadow pada kelopak mata dan biarkan ia kering. Kemudian, lakukan gerakan menekap dan tekapkan dengan lembut pembayang mata padat di atas sapuan yang telah kering tadi. Adunkan mengikut citarasa anda. Lapisan pembayang yang tercipta adalah untuk menambahkan dimensi pada solekan mata, meneutralkan kepekatan warna pembayang cecair dan menjadikan solekan mata tahan lebih lama.

Adakah Motives Liquid Metal Eye Shadow diuji pada haiwan?
Motives tidak melakukan sebarang ujian terhadap haiwan bagi kesemua rangkaian produk yang dilancarkan.

Bahan-bahan


Isododecane, Cyclopentasiloxane, Octyldodecanol, Disteardimonium Hectorite, Beeswax (Cera Alba), VP/Hexadecene Copolymer, Alcohol Denat, Trimethylsiloxysilicate, Propylene Carbonate, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Tocopheryl Acetate, Ethylhexylglycerin, Hexylene Glycol, Silica (in Mystic, Sassy, Surge), Synthetic Fluorphlogopite (in Nirvana), Mica, Titanium Dioxide (CI 77891). Mungkin Mengandungi: Iron Oxides (CI 77491), Tin Oxide (CI 77861), Ferric Ammonium Ferrocyanide (CI 77510), Manganese Violet (CI 77742).

Bahan-bahan

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.
Tulis Ulasan