Dasar Pemulangan

Anda berhak membatalkan/memulangkan pesanan ini dalam tempoh 180 hari daripada tarikh pesanan ("Tempoh Pembatalan") tanpa memberikan apa-apa sebab. Untuk menggunakan hak untuk membatal, anda mesti memaklumkan kami dengan secepat mungkin. Pesanan yang dibatalkan dalam Tempoh Pembatalan tertakluk kepada bayaran pemprosesan. Kami akan membuat bayaran balik dengan mengguna cara pembayaran yang sama sebagimana yang anda gunakan untuk membuat pesanan. Anda akan menanggung semua kos yang terlibat dalam pengembalian barang-barang.

Sila hubungi kami untuk Nombor Kebenaran Pemulangan (RA) sebelum memulangkan pembelian anda. Jika anda memulangkan satu pesanan tanpa Nombor RA, produk itu akan dikembalikan kepada anda pada kos anda.

Sila hubungi Jabatan Pemulangan kami di refunds@marketamerica.com dan kami sedia membantu anda.

Untuk mendapatkan bayaran balik ke atas item:

  • item mesti masih belum dibuka, dan berada dalam keadaan baru dan boleh dijual semula;
  • item mesti mempunyai semua pembungkusan, bahagian dan aksesori yang asal;
  • sekiranya item berada di dalam beg plastik atau pembalut kecut apabila ia dihantar kepada anda, ia mesti masih belum dibuka dan masih berada di dalam beg plastik atau pembalut kecut;
  • item mesti bukan produk ditempah khas.

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku semasa penghantaran semula ke pusat pemprosesan kami, jadi kami sangat menggalakkan anda untuk menginsuranskan bungkusan anda bagi nilai kandungan itu agar anda masih dapat menerima bayaran balik jika bungkusan itu hilang atau rosak dan kami tidak akan mengeluarkan bayaran balik atau penukaran untuk anda. Anda bertanggungjawab terhadap kos penghantaran bagi pemulangan itu, melainkan mendapat persetujuan daripada jabatan perkhidmatan pelanggan.